Wednesday, 30 April 2014

Pelan Komprehensif (3 in 1)

 









Kenapa saya tidak mengambil perlindungan Takaful? 

Dalam satu perbualan dengan seorang bakal pelanggan, setelah beliau faham akan kepentingan perlindungan dan pelan perlindungan untuk anaknya, beliau melontarkan soalan berikut:

 “Kalau begini punya penting, kenapa orang selalu lari atau tidak mahu ambil insurans/takaful?”

Kadang-kala soalan yang sama berlegar dalam fikiran saya. Mulanya dulu saya pun hairan tetapi lama kelamaan saya akur. Melalui pengalaman berhadapan dengan orang ramai, memang apa yang diperkata oleh pelanggan di atas ada benarnya. Setiap orang mempunyai pemahaman yang berlainan.

Malah, ada yang ekstrim yang menggelarkan agen insurans/takaful seperti meminta sedekah. Sedangkan jika kita faham,kewujudan agen ini adalah untuk mengelakkan kita meminta-minta jika musibah melanda. Adakah agen itu meminta sedekah jika usaha agen itu adalah menyelamatkan dia daripada kemungkinan bakal menjadi peminta sedekah? Fikirkanlah…

Top 10 alasan lazim kenapa orang ramai tidak mahu mengambil pelan perlindungan adalah:

1.    Saya tidak ada duit
2.    Saya tidak percaya agen insurans
3.    Saya tidak percaya dengan insurans
4.    Saya ada simpanan dan perlindungan lain
5.    Saya tidak percaya dengan syarikat insurans
6.    Saya sudah ada perlindungan yang diberikan oleh majikan
7.    Saya masih lagi muda
8.    Saya tiada tanggungan
9.    Saya tidak ada masa untuk mendapatkan insurans
10.  Saya kena berhenti merokok ke?
Dan saya ingin menambah satu lagi No.11 :

Tidak Tahu, Tidak Mahu Ambil Tahu dan Tidak Peduli.

Walau apapun alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada mendapatkan polisi perlindungan, melindungi diri individu dengan insurans adalah jauh lebih penting daripada semua alasan di atas.
Sebab yang paling utama bagi setiap insan untuk memiliki pelan perlindungan adalah supaya keluarga anda dapat mengekalkan gaya hidup seperti sekarang walaupun sekiranya musibah yang tidak pernah disangka-sangka berlaku.
Selain itu, polisi insurans juga direka untuk memenuhi keperluan spesifik masa depan anda dan juga keluarga, sama ada ianya untuk memenuhi keperluan tabung pendidikan anak, membesarkan ahli keluarga, mencapai impian anda ataupun satu skim persaraan yg selesa.  
Terdapat banyak pilihan pelan insurans di pasaran yang anda boleh pilih dan ditawarkan oleh PruBSN, mengikut matlamat dan keperluan kewangan anda. Mulakan mencari pelan yang paling sesuai untuk anda hari ini. Yang paling penting, adalah menjadi keutamaan anda untuk memastikan anda dan keluarga anda dilindungi tanpa mengira berapa pun usia anda sekarang.

Beli insurans sejak kecil? 
APABILA menyebut mengenai insurans, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan. Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim insurans yang memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa pekerjaan, pendedahan mengenai insurans ini hanya biasa didengar tetapi pengetahuan mengenainya masih samar terutama berkaitan keperluannya. Menyedari pembelian polisi insurans dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah.

PADA usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai insurans?
Seseorang boleh memiliki insurans sejak kecil untuk merancang masa depan mereka dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibu bapa atau penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki insurans pada usia muda seawal umur 20 tahun iaitu mereka boleh menerima kemudahan harga premium insurans yang lebih rendah serta peluang merancang masa depan dengan lebih baik.

Apakah kepentingan insurans kepada golongan muda?
Insurans penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu, kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana dan penyakit yang mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi diri mereka serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga, mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga.

Apakah jenis insurans perlu diambil golongan muda?
Golongan muda digalakkan mengambil insurans hayat dan perubatan bagi melindungi mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat insurans menawarkan insurans berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka. Produk menyerupai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menawarkan pulangan lumayan dan boleh dimiliki golongan bukan Bumiputera sudah pasti mampu menjamin masa depan mereka. Terdapat insurans lain yang wajib diambil seperti ketika membeli kenderaan dan polisi insurans pilihan seperti untuk melindungi kediaman mereka serta harta benda yang disayangi.

Bagaimanakah mengenai peruntukan kewangan seseorang itu sebelum mereka membeli insurans?
Bakal pelanggan atau pelanggan akan diberi nasihat dan pelbagai pilihan pembayaran oleh ejen insurans bertauliah mahupun penasihat insurans seperti broker, pekerja insurans dan bank assurans terlatih untuk merancang peruntukan bulanan mereka sebelum membeli insurans. Ini penting untuk mengelakkan mereka dibebani hutang dan masalah kewangan kerana tidak mampu menjelaskan pembayaran premium bulanan mereka. Insurans ialah suatu pelaburan jangka panjang, terutamanya bagi insurans hayat dan berkaitan pelaburan (investmentlinked), jadi peruntukan kewangan baik amat penting sebelum seseorang mengambil keputusan untuk memiliki insurans.

Bagaimana dengan konsep membeli insurans dalam masa sama membuat pelaburan? Adakah ia sesuai dengan golongan muda?
Ya, ia sesuai. Ini kerana insurans berkaitan pelaburan (investment-linked) adalah gabungan pelaburan dan perlindungan.

Bank vs Takaful Insurans

SIMPANAN BANK / ASB / LAIN – LAIN
 
SIMPANAN PruBSN TAKAFUL
 

Tiada manfaat perlindungan disertakan.

Manfaat Perlindungan disertakan.
 
1.     Kad Perubatan (Minimum RM500,000 sehingga RM2.5 Juta, sepanjang hayat diinsurankan).
 
2.     Elaun Tunai Harian jika dimasukkan ke wad. (RM100 sehingga RM400)
 
3.     Elaun ICU
 
4.     Elaun pembedahan.
 
5.     Elaun hilang upaya.
 
6.     Pampasan:
·          Kematian
·          Hilang Upaya
·          36 Penyakit Kritikal
·          Kemalangan
7.     Jaminan Caruman Percuma Seumur Hidup. (sekiranya menghidapi 36 Penyakit Kritikal Tahap 3 & Hilang Upaya Kekal)
8.     Manfaat Pesakit Luar Akibat Kemalangan.
9.     Pampasan Kematian Kemalangan Kenderaan Awam (Mendapat Pampasan berjumlah 2 x Ganda).
10.   Faedah Tunai Akibat Kemalangan Di Rumah/Tempat Kerja / Jalanraya.
11.   Pengecualian Cukai Pendapatan Kerajaan : Maksima RM 6,000 / setiap tahun .
12.   Kemudahan 60 Hospital Panel di seluruh negara.
13.   Pay & Claim bagi Hospital bukan Panel.

Tiada jaminan pendapatan atau tabungan untuk anak dan pasangan.

Maanfaat Tambahan untuk Keluarga
 
Jika menabung di PruBSN TakafulLink untuk anak dan pasangan :
  • Jaminan Caruman Percuma untuk Pasangan (sehinga Tua) dan anak (sehingga umur 25 thn) sekiranya penyumbang menghidapi penyakit kritikal tahap 4 atau Hilang Upaya Kekal atau berlaku Kematian.

  • Masa depan keluarga Terjamin

KESIMPULAN
·       Simpanan Sahaja.
 
·       Tiada Jaminan dan perlindungan jika berlaku sebarang musibah.

KESIMPULAN
 
  ·     Pelan Komprehensif (3 in 1) yang lengkap(Pampasan + Perlindungan Kesihatan +    Simpanan)
 
  ·     Menjamin Kesejahteraan dan masa depan keluarga.
 
  ·     Merupakan satu Ibadah yang amat besar   maknanya iaitu memberi sumbangan/tabungan bagi saling membantu ahli dan keluarga tersayang disaat musibah melanda.


SIMPANAN BANK / ASB / LAIN – LAIN
SIMPANAN PruBSN TAKAFUL
Senario A
SIMPANAN – RM 200.00
Senario B
SIMPANAN – RM 200.00
RM 200.00 X 12 BULAN = RM 2,400.00
RM 200.00 X 12 BULAN = RM 2,400.00

Musibah melanda di Tahun kedua (bln ke-13).
Di masukkan ke Hospital kerana penyakit kritikal dan memerlukan rawatan RM50,000

Jumlah simpanan di atas = RM 2,400.00
Jumlah diperlukan          = RM 47,600.00
Ikhtiar Pembiayaan :
1.     Menggunakan semua simpanan di bank.
2.     Menjual asset.
* Hartanah - (Urusan penjualan 6 bln - 1  Tahun)
* Kenderaan (Susut Nilai)
3.     Berhutang dari keluarga atau orang luar.
4.     Rayuan derma di media massa/TV.

Kesan :
·       Kehilangan Aset dan tabungan dalam sekelip mata. 
·       Bebanan Hutang. 
·       Tidak dapat meneruskan simpanan  bulanan.
·       Kehabisan tabungan. (Tbg Haji, ASB dll)

 Musibah melanda di Tahun kedua (bln ke-13).
Di masukkan ke Hospital kerana penyakit kritikal dan memerlukan rawatan RM50,000
 
Perbelanjaan dan kos rawatan ditanggung oleh PruBSN Takaful.
1.     Kad Perubatan  dan Rawatan Susulan. .
2.     Mendapat Elaun tunai harian.
3.     Mendapat Elaun ICU.
4.     Mendapat Elaun Pembedahan.
5.     Bayaran Pampasan sekiranya disahkan penyakit kritikal tahap 3.
Wang simpanan diteruskan secara percuma oleh PruBSN Takaful melalui “AUTO SAVING” sehingga Hari Tua! Jika disahkan menghidapi penyakit kritikal tahap 3.
Kesan :
1.     Aset dan tabungan tidak terusik.
2.     Tidak perlu berhutang.
3.     Simpanan bulanan diteruskan secara percuma sumbangan PruBSN Takaful.
      Nota: Simpanan untuk pasangan (sehingga tua) dan anak (sehingga umur 25thn) juga akan menjadi percuma jika pesakit menabung di PruBSN Takaful untuk pasangan dan anak-anak.

Sunday, 18 August 2013

Quotation For Medical Kad Prudential Bsn Takaful / Sebutharga Kad Perubatan Prudential Bsn Takaful
Cik Mastura seorang cikgu umur 23 dan tidak merokok.

Bulanan RM 160 sebulan


Detail Of Plan :

1)
Basic Sum Covered /Manfaat Asas - RM 50,000

2)
Crisis Shield /Penyakit Kritikal - RM 25,000

3) Accident Death and Disablement / Kemalangan Kematian dan Kecacatan
 - RM 50,000

4) Medikal Kad dgn Had Tahunan - RM 62,500(Takaful Health TH200)
                             Had Seumur hidup - RM 625,000 (Takaful Health TH200)
                               Kelayakan bilik di Hospital - RM 200 Sehari

5) Medical Cover - RM 100 Sehari

6) Hospital Benefit / Elaun Hospital - RM 200 Sehari

7) Contributor : Payment bulanan akan free seumur hidup jika client di diagnos menghidapi Penyakit Kritikal


Ringkasan : -
1- Manfaat Asas (Basic Sum Covered)
Jika Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan


·                     Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
·                     Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
·                     Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
·                     Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.



2- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)


·                     Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
·                     Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaatmedical card)
·                     Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaatContributor disertakan. Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh .
·                     Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
·                     Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
·                     Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3-Accident Death and Disablement ( Kemalangan Kematian dan Kecacatan)
·                     Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
·                     Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
·                     Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
·                     Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama.

4-Takaful Health2 @ HealthEnrich ( Kad Perubatan/ Medical Card)


·                     Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia mengikut Plan yang anda pilih
·                     Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
·                     Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.


5- Medical Cover

·                     Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
·                     Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-6)
·                     Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
·                     Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
·                     Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
·                     1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
·                     Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500


·                     Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun untuk 1 unit.



6- Elaun Hospital (Hospital Benefit)


·                     Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
·                     Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
·                     Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
·                     Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
·                     Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
·                     Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
·                     Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)

7- Premium Percuma (Contributor Benefit)


·                     Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
·                     Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor
·                     Sedikit penerangan ringkas...
Contributor


·                     Manfaat ini akan membayar caruman mendatang (future contribution) sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal.
·                     Manfaat-manfaat lain dalam policy (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman.
·                     Dan yang paling istimewa adalah, wang simpanan client juga akan dimasukkan dan simpanan akan meningkat secara berterusan sehinggalah policy ini tamat atau client meninggal dunia, yang mana lebih dulu. Kira dapat simpan percuma laa....
·                     Contoh : client bayar caruman sebulan RM 250. Tetiba disahkan mengidap sakit kritikal dan memerlukan pembedahan. So, kos rawatan semua di tanggung oleh medical card (Takaful Health), manakala caruman selepas disahkan mengidap sakit kritikal tidak perlu dibuat, sebaliknya syarikat akan sambung bayar untuk kita.
Parent Contributor


·                     Manfaat ini sama seperti contributor tapi akan cover pembayar untuk akaun pendidikan anak2 (Takafulink Cerdik / Takafulink Juvenile)..iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah.
·                     Maksudnya, sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, atau meninggal dunia atak lumpuh kekal keseluruhan, caruman seterusnya akan dibayar oleh PruBSN takaful sehinggalah policy tamat atau anak meninggal dunia yang mana lebih duhulu.
·                     Manfaat ini amat penting kalau client nak amik plan pendidikan untuk anak mereka. Untuk memahamkan konsep mudah manfaat ini adalah...."Kita ada, anak ada duit utk belajar dan ada medical fund, kita tak de pun anak ada duit utk belajar dan ada medical fund kalau dia sakit dan masuk wad"
Spouse Contributor


·                     Manfaat ini akan cover caruman mendatang (future contribution) sekiranya pasangan client disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
·                     Manfaat ini sama seperti contributor. Cuma sekiranya berlaku kepada pasangan client.
·                     Manfaat ini penting sekiranya suami yang amik plan untuk isteri dan isteri tidak bekerja. Jadi, kalau suami meninggal dunia, atau sakit kritikal, atau lumpuh kekal keseluruhan, caruman isteri akan jadiPERCUMA.



****Pulangan Pelaburan

·                     Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 2,000.
·                     Anggaran pulangan pelaburan bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih.