Saturday, 27 July 2013

Kerja Kerajaan Pun Nak Kena Ada Medical Card ke?

"Awak pergi la jual medikal kad/takaful awak ni kat orang lain. Saya ni kerja kerajaan la. Kos rawatan saya semua kerajaan tanggung."

Dushhh...amik kau. Merah muka. Kami sebagai agen Prudential ni dah biasa sangat dengan ayat-ayat pedas macam ni. Amboii...banyak cantik. Dalam dunia ni mana ada benda free bang. Nak buang air pun kena bayar. Kita lihat kes-kes di bawah buat tatapan dan renungan bersama.
Kes 1 : Betulkah semuanya FREE di hospital kerajaan

Ramai yang beranggapan, kakitangan kerajaan mendapat rawatan di hospital kerajaan dengan PERCUMA. Memang benar. Tapi tidak semuanya percuma. Ada kes-kes di mana pesakit (walau kakitangan kerajaan sekali pun) terpaksa membayar kos rawatan di hospital kerajaan. Diulangi...di HOSPITAL KERAJAAN. Sebagai contoh, lihat sahaja surat rayuan bantuan perubatan oleh kakitangan kerajaan di bawah ini.
*


 Nama terpaksa dipadamkan untuk menjaga privasi peserta/pesakit.
Ini membuktikan, walau pun kita kerja kerajaan, kita tetap memerlukan medical card atau kad perubatan.


Kes 2 : Menunggu giliran untuk pembedahan

Selain dari itu, pernah anda mendengar kes-kes di mana, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan pesakit terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk sampai ke giliran kita. Kalaulah penyakit yang kita hidapi tersebut memerlukan rawatan segera, bagaimana? Sanggupkah kita tunggu dan berserah begitu sahaja?


Oleh itu, buka minda, kalau tak tahu pasal medical card, ambil tahu. Jangan kita sudah la tak tahu, tak mahu ambil tahu pula!!!

*********************************************************

Sekurang-kurangnya ambil tahu, bagaimana medical card ini dapat membantu anda di saat anda memerlukan rawatan perubatan. Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan pun bagus, tapi, kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan di atas tadi, macamana? Sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat. Saya umpamakan medical card ini seperti "Tayar Spare" di kereta kita. Cuba kita fikirkan, kenapa kita dok usung ke hulu-hilir tayar spare tu sedangkan tayar kereta kita tak bocor. Jawapan standard yang akan diberikan - langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor, sedangkan adakalanya kereta yang kita bawa tidak pernah bocor sepanjang kita pandu. Sampai la tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga Tayar Spare tersebut atas alasan yang sama seperti tadi. "Kita tak tau bila tayar kita bocor atau pecah"


Jadi, sama la juga keadaan medical card. Oleh kerana kita tak tau bila kita sakit la, sebab tu kita perlu ada medical card.

*********************************************************

Apa fungsi medical card ni sebenarnya?...

1- Ia akan membayar semua KOS RAWATAN yang dikenakan kalau kita masuk wad. Tak kisah sakit apa pun kecuali sakit-sakit yang dikecualikan. Rujuk di sini untuk penyakit-penyakit yang tak dilindungi.

2- Yang paling penting, medical card ni akan bayar bil hospital terus ke hospital. Kita tak perlu bayar dulu baru claim kemudian (kecuali kalau kita dapatkan rawatan di hospital bukan panel atau hospital kerajaan. Kalau bukan hospital panel, kena bayar dulu claim kemudian, yang penting boleh claim). Jadi, kalau kita ada insurance atau takaful yang cover kos rawatan, tapi tak de medical card, maksudnya, kita kena bayar dulu baru claim. Kalau bill sampai puluh-puluh ribu, mana nak cekau duit? Atau kalau ada credit card pun, berapa keping credit card kita nak hulur? Lepas tu, claim pulak....kalau cepat ok lah, kalau ada requirement atau proses lambat. Dah kena interest pulak credit card tu. Susah ke senang? Sebab tu cari yang ada medical card. Hassle Free. Kita cuma standby duit untuk Co-Insurance atau Co-Takaful. ( 10% daripada jumlah kos rawatan tertakluk kepada min RM 300 maximum RM 1,000). Itu sahaja. Klik sini untuk lihat contoh claim yang telah kami buat untuk klien kami.

3- Walau pun kena Ko-insurance atau Ko-takaful, plan Takafulink nie kita sertakan sekali elaun hospital. Jadi kalau satu hari elaun Hospital RM 400, contoh masuk wad 5 hari dah dapat RM 2,000. Itu tak termasuk lagi elaun ICU atau elaun bedah. Jadi, walau pun kena ko-takaful, anda jangan risau. Plan ini akan buatkan anda dapat claim more than 100%.


*********************************************************

Kes 3 : Kerja cikgu mintak derma kalau dah sakit

Ini satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang. Disebabkan tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708.




No comments:

Post a Comment