Saturday, 27 July 2013

Medical Card Company Saya Cover Unlimited

Sesetengah majikan sememangnya menyediakan medical card kepada pekerjanya. Sekiranya pekerja tersebut sakit, hanya tunjukkan sahaja medical card tersebut. Ini dipanggil Medikal Kad Berkelompok.
1"Buat apa amik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited.">>>Fatimah, Chemical Engineer Petronas
2. "Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang. Tunggu saya dah pencen baru amik." >>>Hamid, IT Executive


Nama di atas bukanlah nama sebenar. Tapi inilah yang saya selalu dengar daripada kawan-kawan kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan.Memang saya teramat biasa dengar perkara ini.
Untuk saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat anda. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurans yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat. Ada beberapa perkara yang saya ingin berkongsi dengan mereka yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA - Company cover unlimited

Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Pada hemah saya yang jahil ini, walaupun unlimited tapi pada hakikatnya limitnya adalah :-

1. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat mereka? Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak produktif (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak produktif di dalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi. Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Management Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas sebab-sebab kesihatan. Setuju? 

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurans mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri.

2. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi? Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana? Anda tukar kerja atau tidak?

Seterusnya anda akan menyatakan, "Haaa, masa tu baru la amik medical card. Amik sekarang buat apa?"
Jawapan saya, "Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then its you amik medical card ni kemudian. Tapi kalau you tak boleh jamin, better u amik sekarang. Sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you. Masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia la untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF/KWSP. Bagaimana hari tua anda? EPF?KWSP untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat tua duit dalam EPF/KWSP dah habih bayar bil hospital. Bab kata Nabil si Raja Lawak, "Lu fikirlah sendiri."


KEDUA - Tak perlu ambik sekarang, sebab dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai la anda dah nak bersara besok, anda boleh tangguh untuk amik medical ini di kemudian hari. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang. 

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital. Pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, "Kau tau dari awal ke yang kau akan kena sakit macam ni?" atau "Kau memang nak ke, sakit nie terkena kat kau?" Cuba la tanya mereka sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tahu anda nak sakit je, baru anda amik. Lu fikirlah sendiri.

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu,fahamkan apa sebenarnya medical card ini. Kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. Tapi anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.

Sekadar berkongsi pengalaman. Wallahu 'alam...

TESTIMONI GROUP:
* Untuk pengetahuan anda semua, saya ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang. Kos rawatan cecah RM20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Kemudian dapat pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM6,000. Dengan caruman RM150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun lagi.Duit baki nilai tunai dalam akaun peserta masih belum usik lagi. Apa lagi yang anda mahukan?

No comments:

Post a Comment