Saturday, 27 July 2013

Mengapa Saya Perlu Ambil Medical Card Sekarang

Mengapa perlu amik medical card sekarang???
Saya lihat masih ramai lagi antara kita merasakan Medical Card ni tak penting. Mungkin sebab masih bekerja di syarikat yang menawarkan medical benefit kepada staffnya. Tapi persoalannya, sampai bila company nak tanggung dan berapa banyak company nak tanggung?

1Kalau kena penyakit kritikal dan memerlukan rawatan berterusan, dan kita pula asyik MC sahaja. Seminggu 4 hari MC, kemudian kerja sehari, MC lagi 4 hari.

Kalau jadi kes mcm ni berapa lama company boleh tanggung kita? Company nak simpan lagi ke orang-orang yang dah sakit kritikal atau penyakit yang menyebabkan kita asyik MC je? Kalau kita jadi Director company, kalau ada pekerja mcm ni, agak-agak berapa lama company kita boleh tanggung dia and bayar gaji dia sedangkan dia asyik MC je. Kemudian kerja dia tak mampu siapkan. Sampai company terpaksa hire orang lain. Dah kena bayar 2 orang punya gaji utk satu kerja. Kalau kita jadi pemilik syarikat, apa tindakan kita? Masih nak simpan lagi orang yang asyik MC sahaja? So, macamane sekarang?

Sebagai pekerja pula, dah sakit teruk dan company dah nak bg surat berhenti kerja sebab masalah kesihatan, masa tu baru nak apply medical card? Untung la kalau dapat.


2. Minyak naik...kita boleh elakkan beban minyak naik dengan naik motosikal atau naik kenderaan awam. Barang naik...kita boleh kurangkan atau pilih barang-barang yang murah. Toll naik...kita boleh elak ikut jalan yang toll free.
Tapi pernah ke kita terfikir, bahawa 'PERSARAAN' kita daripada bekerja akan tetap tiba. Dijamin akan sampai (kalau panjang umur). Adakah kita berfikir yang umur kita takkan mencecah 55 tahun dan masa itu kita terpaksa bersara atau kalau nak sambung pun secara contract. Itu pun kalau khidmat kita betul-betul diperlukan. Kalau khidmat kita tidak diperlukan disebabkan tenaga muda yang lebih produktif dan gaji lebih rendah menggantikan tempat kita, kita tidak dapat mengelak untuk BERSARA. Jadi masa tu baru nak amik medical card? Kalau sihat, ok, kalau dah sakit? Kalau sihat sekalipun, masa tu kos untuk medical card dah semakin mahal sebab umur kita dah semakin tua. Macam kes no 1 di atas la. Pihak insurance/takaful pula akan menetapkan pelbagai syarat. Medical check up la, kena loading la. Exclusion la dan sebagainya.

Selama sihat tak pernah buat medical check up. Sekali umur 55, konon-konon nak cari medical card la...kena medical check up. Sekali habih medical check up baru tau kita ada mcm-mcm penyakit. Hypertension, masalah kardiovaskular, kencing manis tinggi dan lain2 lagi, semuanya akan dikesan. Masa tu baru nak amik? Rasa-rasanya, harga medical card masa tu sama ke dengan masa sekarang? Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara,
"MUDA SEBELUM TUA, SIHAT SEBELUM SAKIT, LAPANG SEBELUM SEMPIT, KAYA SEBELUM MISKIN, HIDUP SEBELUM MATI"

Kadar Inflasi Perubatan/Medical di Malaysia 15%

Kalau mengikut laporan
kadar Inflasi bagi Medical di Malaysia adalah 15% setahun. Maknanya kalau kita lambat beli medical card, tahun depan, harga medical dah jadi 15% extra. Sebab tu kena amik sekarang. So, cuba fahamkan..apa yang The Star ni cuba terangkan kepada kita semua.

Sebagai contoh , sekarang kita berumur 30 tahun. Kos pembedahan buah pinggang sekarang RM20,000. Jarang orang umur 30 operate buah pinggang. Biasanya orang umur 40 tahun ke atas je yg operate buah pingganh ni, maknanya 10 tahun akan datang. Jadi kadar inflasi 15% setahun bermakna 150% untuk 10 tahun. Jadi, 10 tahun akan datang kos pembedahan buah pinggang adalah RM50,000. Lu fikirlah sendiri...

No comments:

Post a Comment