Friday, 16 August 2013

Ruangan FAQ (Frequently Ask Question)

Soalan 1
Prudential ada tak pakej Kad Perubatan yang hanya perlu satu kad perubatan (medical card) & boleh digunakan untuk satu keluarga?

Jawapan : TIADA,buat masa sekarang,Prudential tidak mengeluarkan kad perubatanyang boleh dikongsi had oleh semua ahli keluarga.Setiap ahli keluarga perlu ada kad perubatan  yang berbeza dan had yang berasingan. Polisi juga berasingan (individual).Ini adalah kerana,untuk mengambil insuran,faktor-faktor seperti UMUR,JANTINA,PEKERJAAN & STATUS MEROKOK akan diambil kira untuk pengiraan bayaran premium bulanan.Premium setiap seorang akan berbeza mengikut faktor-faktor di atas.Insuran ibarat kita memilih pakaian.Saiz setiap orang mungkin berbeza,ayah tidak boleh memakai pakaian ibu,ibu tidak boleh memakai pakaian anak,anak juga sudah tentu tidak boleh memakai pakai
ian ayah.Begitu juga insuran,setiap orang dalam keluarga memerlukan  keperluan berbeza & pengiraan risiko juga berbeza mengikut faktor-faktor yang disebutkan tadi.

Soalan 2
Berapakah harga premium pelan paling rendah yang Prudential tawarkan?

JAWAPAN : Kami tawarkan Pelan Insuran Yang Berkait Dengan Pelaburan (investment linked plan) yang mempunyai manfaat utama 3 dalam 1,iaitu PERLINDUNGAN + KAD PERUBATAN + SIMPANAN.Premium paling minimum untuk dewasa bermula denganRM100 & RM50 untuk kanak.Ini adalah pelan paling minimum.Ia juga bergantung kepada faktor-faktor UMUR,JANTINA,PEKERJAAN & STATUS MEROKOK .Premium akan bertambah mengikut faktor-faktor tersebut,lebih-lebih lagi jika umur semakin tua,maka premium sudah tentu akan makin bertambah jika nak dibandingkan dengan sesorang yang berumur lebih muda.

Soalan 3
Kenapa insuran yang Prudential tawarkan ni terlalu mahal?ada tak insuran yang premiumnya lebih murah?

JAWAPAN : Dalam pasaran ada banyak produk insuran.Termasuk Prudential sendiri,kami menawarkan bermacam-macam produk.Jika anda mahu produk yang hanya melindungi anda dari KEMATIAN atau KEMALANGAN tanpa kad perubatan ,maka ia adalah lebih murah.Malah kadangkala ia hanya memerlukan premium serendah RM10/sebulan.Tetapi ia hanya melindungi kematian kerana kemalangan sahaja.Tetapi produk 3 in 1 kami memang komprehensif iaitu ia merangkumi PERLINDUNGAN + KAD PERUBATAN + SIMPANAN.Pelan yang begitu lengkap,semuanya dalam satu pelan.Bayangkan minimum bagi kad perubatan ialah RM50k/setahun (dana untuk membayar kos perubatan di hospital pakar).JIka anda menyimpan sendiri,berapa lama anda akan berjaya untuk simpan RM50k???.Dengan pelan kami,bukan sahaja anda dapat kad perubatan,malah pampasan-pampasan lain & sebahagian premium akan dijadikan sebagai simpanan.Adakah anda masih beranggapan pelan kami mahal??

Soalan 4
Bila saya boleh keluarkan duit simpanan saya,ada tarikh matang ke?

JAWAPAN :  Tujuan utama mengambil pelan insuran adalah untuk melindungi diri & keluarga dari sebarang musibah,baik kesakitan atau kemalangan,bukan untuk membuat untung.Manfaat simpanan hanya sebahagian dari manfaat insuran masa kini.Anda mungkin tidak akan menikmati keuntungan tinggi seperti yang anda impikan.Ini adalah kerana,insuran memerlukan kos pengurusan risiko & kos servis.Maka,jangan harapkan wang yang anda bayar akan dijadikan simpanan anda 100%.Jika anda benar-benar ingin menyimpan & mendapatkan keuntungan yang tinggi maka anda perlulah melabur di tempat lain cth: ASB,Unit trust etc....Tetapi,harus diingat,sebelum menyimpan,anda perlulah ada insuran.Kerana ia yang akan melindungi simpanan anda itu.Jika anda tiada insuran,maka anda terpaksa meggunakan simpanan anda jika diperlukan untuk rawatan.Bagi Prudential,simpanan anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.Tapi dengan syarat,baki simpanan RM2k haruslah ditinggalkan dalam akaun.Cth: JIka anda ada RM5k,anda boleh keluarkan RM3k pada bila-bila masa.Tiada tempoh matang atau tetap untuk pengeluaran tersebut.Untuk proses pengeluaran pula,anda hanya perlu isi borang & serahkan ke mana-mana cawangan Prudential atau hubungi ejen anda.Dalam 4-7 hari cek akan dikeluarkan.

Soalan 5
Jika saya sudah ada penyakit,adakah saya boleh ambil insuran & kad perubatan?

JAWAPAN : BOLEH & TIDAK,sekiranya seseorang itu sudah sedia ada mengalami sebarang penyakit,ia sebenarnya bergantung kepada penyakit apa yang seseorang itu hidapi.Jika penyakit itu bukan dari senarai 36 penyakit kritikal atau penyakit spesifik,biasanya dia layak untuk ambil insuran dengan beberapa syarat (syarat akan ditentukan oleh Prudential,mungkin laporan hospital & pengesahan doktor diperlukan).Beberapa kemungkinan boleh berlaku jika sesorang itu pernah menghidapi penyakit atau pernah dimasukkan ke wad antaranya :

Exclusion (pengecualian)
Pengecualian bermaksud,seseorang itu layak untuk mengambil insuran & layak mendapat semua manfaat termasuk kad perubatan tetapi dikenakan pengecualian perlindungan terhadap penyakit yang telah sedia ada.Kad perubatan & semua manfaat lain tidak boleh digunakan jika seseorang itu diserang semula penyakit sedia ada.Cth: Mr.A sudah menghidap Athma sejak kecil.Prudential luluskan permohonan Mr.A untuk mengambil insuran, tetapi Mr.A dikenakan exclusion iaitu sebarang tuntutan & manfaat yang disebabkan Athma pada akan datang,Prudential tidak akan cover.Malah kad perubatan atau apa-apa sahaja manfaat lain tidak boleh dituntut oleh Mr.A.JIka Mr.A terkena penyakit lain selain Athma,maka Mr.A layak untuk di cover.

Loading (penambahan premium)
Loading bermaksud,penambahan premium sedia ada.Cth:Mr.A pernah dimasukkan ke hospital akibat sesuatu penyakit ketika dahulu,tetapi Mr.A ingin mengambil insuran & kad perubatan dengan bajet RM200/sebulan.Makan Mr.A dikenakan loading iaitu penambahan RM20 lagi untuk membolehkan dia layak untuk mendapatkan insuran & kad perubatan.Maka dia harus membayar RM200+RM20 (loading) = RM240 untuk memastikan dia ambil insuran & dilindungi sepenuhnya.Loading juga biasa terpakai apabila seseorang tu mengalami berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus.

No comments:

Post a Comment